Monday 9 December 2013

cerkon (cerita kontot) - aku kerusi


Aku kerusi. Hanya satu di taman ini. Letakku di tepi lorong pejalan kaki. Maka setiap hari, dari pagi hingga kembali ke dinihari, aku menjadi pemerhati. Pemerhati manusia sama ada wanita mahupun lelaki. Pemerhati jiwa-jiwa yang riang dan hati-hati yang sepi. 

Pagi, akan aku perhatikan mereka ini. Pertama, wajah- wajah yang mengerutkan dahi.Beruniform kemas serta berkenderaan sendiri. Hmm.. pagi-pagi lagi dah macam ni? Biasalah, bagi golongan-golongan manusa yang sedang sibuk bekerja begini. Menggali nafkah dan rezeki. 

Akan aku perhatikan juga wanita di seberang jalan. Seawal selepas Subuh terus memulakan jualan. Bukannya sayur-sayuran atau buah-buahan, tapi sekadar pengalas perut agar tidak berkeroncongan. Nasi lemak, kuih-muih menjadi taruhan. Alhamdulillah rezeki buatnya melimpah . Cukup buat mengisi perut anak-anak di rumah. Kemudian ada juga yang sekadar menjengah. Apa boleh buat, nasi lemak dah habis.

oh, tak mengapa. Kemudian aku akan melihat gelagat anak-anak ke sekolah. Comel sekali. Aku ini kerusi. Untuk beranak - pinak mustahil sekali.
Jika hari pertama persekolahan, pasti ada yang menangis. Saban tahun aku menyaksikannya. Kadang kala ada yang menjerit-jerit mahu pulang.hesshess*kerusi ketawa kecil
Namun pada hari biasa, kebanyakan anak-anak kecil itu kelihatan riang ke sekolah atau tadika.

Bagi yang remaja pula, ada yang masih berbasikal, ada pula yang sudah bermotosikal. Jarang yang menaiki kereta, kecuali bersama ibu bapa.Jika sudah hampir lewat, bermacam-macam gaya pecutan ada. Malah bakat-bakat luar biasa seperti Valentino Rossi mula menyerlah. Bakat terpendam. Bagus jika diasah. Mana tahu boleh jadi kebanggaan negara kan..

Siapa lagi ya?

Terlalu ramai. Terlalu banyak manusia. Juga banyak gelagatnya. .Kadang-kadang aku ketawa juga. Mujur manusia tidak mampu mendengar. Lucu sekali.Simpati pun ada .

Simpati?

Ya, kadangkala simpati melihat manusia, dengan anugerah akal, yang adakalanya menyedihkan.
Jangan kau tak percaya, di atas diri aku ini pernah bertenggeknya si kaki judi,yang sibuk mengira untung rugi.
Di atas aku ini, pernah diduduki si pencuri, yang mangsanya sedang dicari-cari.
Malah akulah menjadi kegemaran si kaki mabuk, hinggakan muntah terbatuk-batuk.
Pernah suatu ketika, aku menjadi saksi kepada pembunuhan, yang mangsanya mati di atas diriku,sendirian. Malangnya aku tidak mampu bersuara menegakkan kebenaran. Polis mengatakan ianya masih dalam siasatan( aku mendengar suara-suara manusia sekitar yang menyatakan perasaan dan belas ihsan)
Entah -entah sudah diselesaikan. Aku tak pasti. Aku tak keruan.

Kadang-kadang pada waktu petang, muncul seorang tua. Lelaki. Berkulit cerah dan putih, namun putih lagi uban di sekitar rambutnya yang jarang-jarang.
Dia memandang aku. Sebenarnya aku turut memandangnya, tapi dia tidak tahu. Aku dapat merasakan dia menantikan seseorang. Sepi. Sunyi.
Bukan suasana, tapi dirinya.
Lelaki itu perlukan teman.
Dan akulah temannya.
Setiap petang . Setiap hari. Selama berbulan-bulan lamanya.
Aku sukakannya.

Namun suatu hari, aku mendengar khabar dia telah pergi. 
Aku harap dia tidak sepi sendiri sebelum pergi.
Atau mungkinkah pemergiannya hanya aku yang tangisi?
Aku hanya mampu berserah pada Ilahi.

Kemudian rutinku menjadi seperti biasa. Menjadi pemerhati.
Pada manusia biasa, aku hanyalah kerusi. 
Maka, aku memandang dunia hanya dari sudut sebuah kerusi.
Bagaimana insan memandang dunia dari perspektif manusiawi?

#kata-kata kerusi juga tajam menikam



Ubah cara pemikiran dengan berimaginasi




cita-cita

masa kecik-kecik dulu, cikgu tanya
apa cita-cita kamu bila besar nanti?

"saya nak jadi bomba,nak tolong orang, cikgu,"
"saya askar macam bapak saya,"
"saya nak jadi doktor, ubat orang demam," 

kemudian cikgu pandang seorang kawan aku. Angkat kening sambil senyum.
 "saya tak ada cita-cita cikgu.."
Cikgu senyum. Mata mengecil.
"tak boleh macam itu. Cikgu nak semua orang mesti ada satu cita-cita,"
errrr..
Kawan aku pandang aku. Aku pandang dia.Aku dah ada cita-cita.Aku nak jadi pilot. Berfikir sama-sama .
"Saya nak jadi cikgulah, macam cikgu..." 
Nasib baik dia boleh jawab. Aku pandang dia lagi. Sengih.

Bagus semua . Niat nak tolong orang, nak jadi macam bapak, jadi macam cikgu..

Bila dah besar sikit, cita-cita dulu dah lupa dah,
Bila cikgu @tutor @pensyarah tanya, apa matlamat hidup kamu?
Mungkin juga kebanyakan akan jawab ,"saya nak berjaya dalam hidup, saya nak jadik blablabla, oleh itu saya akan berDoa, Usaha, Iltizam dan Tekun. Inilah matlamat hidup saya." 

Err.. ertinya lebih kepada duit sebenarnya kan..






Budak-budak ialah zaman paling sincere, dalam setiap perkataan dan tingkahlaku

saya konfius @2013

hari ini saya konfius.

saya konfius , apa tujuan saya hidup?
bagi orang Islam, tujuan hidup ada dua kalau tak silap, sebagai khalifah dan beribadah kepada Allah.

saya konfius, kenapa saya malas?
ada kawan saya kata sebab setan kot..

saya konfius, betulkah setiap apa yang saya lakukan?
tapi hidup ni kan pilihan, maka pilihlah yang mana yang terbaik untuk kita

saya konfius, yang mana yang terbaik untuk saya?
saya tak tahu. tapi Allah tahu.

saya konfius, kenapa kadang-kadang tu saya akan semangat sangat-sangat?
sebab tahap hormon semangat yang tinggi.
mungkin lebih tepat minat yang mendalam.
Atau itulah benda yang saya betul-betul hendak

saya konfius, kenapa banyak benda saya tak tahu dalam dunia ni?
kerana hanya Allah yang Maha Mengetahui

saya konfius, kenapa saya banyak lalai?
sebab saya lupa
tapi saya yakin Allah Maha Pengampun

saya konfius, kenapa saya ada banyak persoalan ni?
sebab ilmu belum cukup di dada
dan takkan pernah cukup, kerana ilmu kan terlalu luas..

saya konfius, kenapa saya kena marah?
sebab saya buat silap

kenapa pula saya marah?
sebab orang lain buat silap
(macamlah saya tak pernah silap) *hmm sejenak

kenapa saya banyak persoalan? kenapa saya lalai? kenapa saya kena marah?kenapa saya marah? kenapa saya malas? kenapa saya konfius? 

budak-budak pun konfius..*nak makan gula-gula ke cokelat arrr...?*



SEBAB MANUSIA BUAT SEMUA BENDA DI ATAS.dan saya seorang manusia..
tak perlu konfius-konfius
redhalah. terimalah. hayatilah.

* nyata ketenangan mematikan kekonfiusan
dengan hanya mengingati Allah, hati menjadi tenang


*hmm tak apalah, adik minum susu jerlah...* _kononnya image budak tadi_

Saturday 7 December 2013

Random Films @2013

I walk a lonely road
the only one that i have ever known...

*nyanyi dalam hati je.._Boulevard of Broken Dreams-Green Day
 hari ni aku nak ulas beberapa cerita yang aku sempat tengok kat pawagam tahun ni. *selected ones only, oleh kerana biasalah kadang-kadang tu tersalah pilih story, sampai berkerut-kerut kening tonton dari first
sampai habis sebab tak faham. 

First, aku tengok Warm Bodies




Komen pertama : cerita ni bessstt ..!

Especially untuk remaja2 yang baru nak up macam aku ni. mesti masyuk la tengok cerita feeling cintan-cintun omputih gini haa. Mengisahkan R, si zombie yang tak ingat apa2 pasal diri sendiri,(R ni si lelaki yang pakai jaket merah tu, dia tak ingat nama sendiri, yang dia ingat nama dia start huruf R je, sadlife betul)  pastu jatuh cinta dengan seorang manusia.. hadusss sweetoss betollss..

komen kedua : kalau ada masa nanti aku nak tengok lagi 

okay next cerita is After Earth

tak banyak komen untuk cerita ni rasanya, aktor Will Smith n anaknya nama Jaden kot ( yang cerita The Karate Kid tuu)



cerita ni sesuai kot untuk mengeratkan kasih sayang anak and ayah *credit untuk keluarga penyayang



and now is The Conjuring!


buat sesapa yang dah tengok cerita ni mesti terngiang-ngiang time main hide and seek... pastu si patung Annabelle..
Peringatan: ni based on true story tau
"You want to play hide n seek....?" ....eerrrr...

pastu keluarlah pulak cerita Insidious 2, by pengarah yang sama jugak
cerita ni pun tak kurang hebatnya tahap terkejutnya..hantu dia siap penampar si isteri tu sampai pengsan, amboi dahsyat
tapi kalau nak betul2 faham, kenalah tengok insidious chapter 1, kalau tak ternganga kebluran jugak la.. aku pun nasib kawan aku dah cerita sedetail mungkin insidious 1 ni, so faham la jugak...

ala kesian baby tu selalu kena kacau ngan .....

okayh next!
Aku jugak tengok cerita yang penuh warna-warna pelangi yang awesome gitu.. iaitu cerita fantasi lagi bukan realiti n memang mustahil pun nak direalitikan yang berjudul Cloudy 2 (dah panjang sangat tajuk dia tulis gini senang)

aaaa...so colourful.. inilah masanya aku macam berada dalam dunia sayur-sayuran dan buah-buahan menjadi binatang..*over
who can imagine this? so cute plus creative plus awesome plus blablabla..


and more fantasy story after this, bezanya cerita next ni ada pelakon yang human beings.
that is The Dark World: Thor 2 (eh ke aku terbalik ar tajuk dia?)
tengok cerita Thor 2 ni tak boring, mesti ada saja aksinya, kena serang lah, penyamaran lah, lah itu lah ini..
paling tak boleh blah si hero n lawan dia asyik keluar masuk bumi dan dunia satu lagi tu macam gitu je..haha, hadoi cerita fantasi dah pun namanya..

hahh inilah heronya yang bernama Chris Hemsworth aka Thor

oraittt.. aku jugak tengok Hunger Games 2. tajuknya Catching Fire atau dalam Bahasa Melayunya "menangkap api"

Ceritanya best, seperti biasa , penuh dengan pengembaraan, kekejaman, kasih sayang, kekeluargaan dan unsur-unsur dinamik *merapu
Bagi aku best je ceritanya, tapi ada kawan-kawan aku yang berpendapat bahawa The Hunger Games (cerita yang first) lebih best .sebab Catching Fire ni tergantung. Aku just cakap "ohh.." jer, tak nak komen sebab cerita yang first tu pun tengok separuh je *cehh
wuuu.. aku suka tengok Jennifer Lawrence aka Katniss ni, cool jer
Tapi aku macam sedikit konfius sebab Katniss ni dekat Peter pun dia macam suka, dekat boyfriend dia kat District 12 tu pun dia sayang, haduss kacau2..
Its okay tunggu je sambungannya yg ketiga dan seterus-seterusnya pulak


Oraitt inilah antara cerita yang aku tengok, hope sempat tengok satu cerita Melayu nihh


"Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang!", tunggu aku.. ! :)