Friday 21 August 2015

pukul 3 pagi

pukul tiga pagi.
aku masih sendiri.
bertemankan hening sepi.
angin membuai lalu berlayar pergi.
pergi bagaikan membawa segalanya lari.
Lari? ya.. lari.. maka pergilah duhai hembusan pagi. bawalah ia lari dari hati yang dirundung perih.. tiada bertepi.

hembusan datang lagi. mampukah ku membawa lari isi hatiku ini wahai sang angin?
tiada jawapan.
kelam. suram.
aku kembali bertemankan sepi.
wahai angin.. bawalah ia.. pergilah jauh dari sini , jauh dari hati, aku tidak mahu memilikinya lagi.
ia sekadar emosi.. jerih yang memakan sanubari..hari demi hari.

kenapa perlu kau tangisi apa yang sudah terjadi wahai diri?
sesungguhnya semua ini milik tuhan, angin , hati..dan sanubari .
kenapa perlu kau tangisi takdir di hari ini wahai diri?
kau takkan tahu rancangan tuhan wahai hati.. tiada siapa yang tahu..
kenapa perlu kau tangisi masa yang masih belum terisi?
maka isikanlah ia dengan kekuatan hati ..
kenapa perlu kau tangisi lagi..?
mungkin kerana kau insafi diri.. jika benar jawapanku ini, maka mungkin itulah yang tuhanmu ternanti-nanti.

hening malam.. coretanku tidak akan ku padam
sebaliknya akan aku genggam,
bersama-sama kertas yang sudah kusam,
ku akui ianya kusam.. namun mampu memberi hatiku kesan yang mendalam ..
ya, begitu mendalam..

bersama-sama coretan ini
tangisan ini juga sudah aku akhiri
kerana aku kini makin berani
untuk menghadapi realiti
aku tidak akan lari lagi
aku tidak akan merayu angin membawanya pergi lagi

duhai angin.. datanglah
hembusan angin.. kembalilah
aku sudah sedia
akan aku hadapinya


        tangisan malam membawa kita lebih dekat denganNya




geng

geng ni kan
tak semestinya kena 24 jam berkepit
tak semestinya kena 24 jam depan mata
tak semestinya kena 24 jam manis bicara
tapi geng ni..

bila kita kita tersepit
dia pun tersepit
bila kita ada luahan rasa
dia mesti ada
bila kita hilang punca
dia pulihkan dengan keikhlasan doanya

ada geng?
untung kita tahu
aku bersyukur allah kurniakan aku geng
geng tak semestinya ramai
tak ada spesifik nombor
satu pun geng
andai susah senang bersama
dialah geng kita
insyaallah dunia akhirat

       sahabat sejati sukar dicari ganti