Sunday 12 March 2017

Obi

Assalamualaikum

Hai! Aku nak bercerita berkenaan dengan abang aku yang tengah sedih dan susah nak move on sebab kucing kesayangan dia hilang. Eh silap bukan nak cerita pasal dia, tapi pasal kucing tu haha.Nama kucing tu Obi, baru hilang kira-kira Disember lepas, well tak adalah baru sangat kan. Dah 3 bulan dah abang aku bertangisan sendu di dalam hati. Dulu aku ingatkan dia dah move on dan mampu cari kucing lain tapi rupanya-rupanya belum lagi. Huhu bertabahlah abangku. Secara fizikalnya Obi sejenis kucing berwarna putih yang berbulu gebu dan cantik, dengan sedikit tompok sahaja dan yang paling mudah dikesan pada wajah beliau ada tompokan kecil berwarna hitam di hidung.

Obi ni aku pun taklah kenal rapat sangat (amboi cara tulis macam manusia ja, tapi makhluk Allah jugak so okaylah tu). Al kisah abang aku jaga beliau sejak kecil lagi bersama adik beradiknya Mika kalau tak silap, tapi Mika telah pergi meninggalkan dunia fana ini.. jadi tinggallah Obi seekor. Waktu ni abang aku masih belajar kat Selangor. Tapi bermula dari tahun lepas, abang aku sudah berjaya menghabiskan pengajian di situ, jadi dia pun bawalah Obi pulang ke kampung, buat pertama kali. Sebenarnya dalam jangka masa Obi di kampung, beliau telah hilang beberapa kali. Ingin aku perjelaskan, yang bakal aku ceritakan adalah kehilangan beliau di Aidilfitri, manakala kehilangan sebenar beliau terjadi beberapa bulan kemudian. Ianya masih menjadi misteri hingga kini.

Obi ni jenis yang tak keluar rumah sangat, beliau tak reti jalan-jalan macam kucing kampung yang lain. Setiap kali beliau hilang, kami semua macam agak panik..tertanya-tanya ke manalah beliau pergi? Dahlah penakut si Obi ni..yalah mak aku bersuara tinggi sikit ja terus lari tak cukup kaki haha. Aku pun tak tahu apa la yang Obi takut sangat. Hmm mungkin sebab tak biasa kot, faham jelah kan tempat baru..suasana baru. Pernah satu malam tu berjam-jam si Obi ni menyorok bawah katil. Maka jenuh le tuan dia nak kena pujuk keluar dari bawah katil tu.. nasib berjaya digagau jugak walau hujung katil beliau menyorok. Itu belum masuk tak mahu makan minum semua lagi.. alahai la kucing seekor oii, merajuk sebab kena pindah ke Obi?Haha. Oh maaf dah terlari dari point, sambung balik cerita masa Obi hilang hari raya ye. Alhamdulillah kes kehilangan Obi yang hari raya telah berjaya diselesaikan. Nak tahu tak macam mana Obi telah dijumpai?

Pagi sebelum solat sunat hari raya Aidilfitri tahun lepas, keluarga aku telah dikejutkan dengan kehilangan Obi, maka semua bertungkus lumus mencari beliau. Ada yang turut meninjau sampai ke luar di sekitar halaman rumah. Kami risau beliau sesat. Aku juga turut bingung mencari beliau. Nak dijadikan cerita, lebih kurang dua tiga jam kemudian, aku terdengar bunyi dentingan loceng di sekitar bilik aku. Tetapi bunyi itu terlalu sayup dan sukar untuk aku kesan. Pada mulanya aku tidak sedar akan kehadiran bunyi tersebut, tetapi setelah aku cuba dengar betul-betul..maka tidak syak lagi, memang bunyi loceng. Hmm..macam bunyi loceng Obi je..tapi, mana Obi? Maka aku pun cuba mempergiat pencarian beliau di sekitar bilik itu. Namun masih aku tidak nampak langsung kelibat beliau. Malah bunyi tersebut juga sudah mula hilang. Ala mana Obi ni..

"kring..kring..kring.."
Tetiba telinga aku berjaya menangkap bunyi itu lagi. Yes! aku rasa aku dengar di sekitar drawer plastik berwarna oren dan bertingkat empat di tepi tingkap bilik. Entah kenapa, aku dapat ilham untuk menarik semua laci yang ada, satu persatu. Aku mulakan dari laci yang paling atas.Tiba-tiba, ketika aku menarik laci yang terakhir di bawah sekali..

"Eh Obi!"
Fuh semangat.. terkejut aku tetiba nampak beliau mengerekot tak cukup ruang (sebab beliau gebu gebam) di dalam laci. Beliau pun apa lagi terus keluar dari ruang laci yang sempit tersebut. Terlopong aku seketika sebelum bertindak pantas menutup pintu bilik agar Obi tidak merayau merata-rata lagi. Abang aku tiada di rumah, lepas solat sunat raya masih cuba melihat-lihat di sekitar rumah mencari Obi.

Yang peliknya, macam mana lah boleh pulak si Obi ni boleh ada di dalam drawer yang tertutup? Itu persoalan yang masih belum berjaya kami rungkaikan sehingga kini.

Abang aku sangatlah lega dan gembira apabila perkhabaran Obi yang telah dijumpai sampai di telinganya, alhamdulillah. Obi la Obi.. buat drama pulak beliau di hari raya yang mulia ini. Tapi itulah, yang sedihnya kegembiraan itu hanya bertahan beberapa bulan, sekarang Obi hilang lagi. Kehilangan kali ini, beliau telah keluar dari tingkap bilik abang aku, entah macam mana la engkau menyusup Obi ooi, penakut tapi bijak rupanya engkau ni. Kali ini berhari-hari kami semua cuba mencari, tapi Obi tetap tidak muncul-muncul sehingga makan masa berbulan-bulan kini. Aku rasa bagi pemilik kucing mesti faham perasaan bila kucing kesayangan yang hilang kan, rasa dia macam lain sikit sedihnya. Walaupun aku tak bela kucing tu, tapi aku turut bersimpati. Abang aku cakap dia tahu Obi masih hidup tapi mungkin sudah ada orang lain yang bela sebab Obi macam kucing kacukan sikit, handsome gitu.

Kisah ini aku tujukan buat pemilik-pemilik kucing yang mesti pernah menghadapi kehilangan atau kematian kucing-kucing comel dan manja kalian. Oh ya sudah semestinya juga untuk abang aku yang masih patah hati, semoga sentiasa dilapangkan dada. Aku bersyukur juga kepada Allah yang ciptakan makhluk bernama kucing, yang boleh membawa rezeki, memberi terapi minda, menambah ukiran senyuman manusia dan rasa bahagia. Tidak dilupa marilah kita sama-sama menitikkan perasaan kasih sayang sesama manusia dan makhluk penghuni bumi Allah ini. Hehe terima kasih tau sudi baca.

Wednesday 27 July 2016

Me and 21

Hai dan assalamualaikum

Setelah hampir setahun tidak menulis, tiba-tiba hari ini terpanggil pulak hati ini untuk menekan keyboard di rumah kakak sulung aku ni. So I am in Malaysia right now alhamdulillah, thank you Allah for giving me this oppurtunity, boleh balik rumah :) (background music: Sayyy...thank you Allah...-if you guys know lah which song I referred to but kalau tak tahu nyanyi jerlah ikut suka hampa)
 Its good knowing that I've just turned 21 like last Saturday (today is Wednesday guys by the way) and actually I am thinking of my future planning. Yalah dah tahu diri tu dah besar takkanlah nak duduk saja goyang kaki like before ni kann. Eh kantoi sudah ooppss..

Kalau ikutkan hati ni ada la jugak minat into bidang penulisan sebenarnya hehe. Yalah kalau baca my blog when I dok merapu meraban ni memanglah my bahasa punyalah rojak suka-suka hati aku ja. But it doesnt mean saya tak berseni dalam penulisan okay! haha (ye ke entah aku ja yang perasan lebih). My recent jalan-jalan ke kedai buku baru-baru ni buat aku agak happy dengan lambakan buku-buku dan penulis baru yang ada di pasaran, come on keep it up guys!

So sementara ada cuti yang panjang, mungkin jugak la aku boleh manfaatkan dengan perkara yang semanfaat-manfaatnya. Hidup bermanfaat, bagi manfaat kepada manusia, semoga dapat manfaat di akhirat sana! Aminn..(padahal cuti tinggal lagi sebulan je, 2 bulan lagi yang before ni aku sendiri pun tak tahu aku buat apa lol)

Apa-apapun I am officially legal guys!






Hidup kalau sekadar hidup, beruk pun hidup di hutan


Thursday 24 September 2015

pusingan roda kehidupan 1..2..3..

hye

Banyak yang berlaku dalam kehidupan aku rasanya , banyak. Even my eldest kakak sendiri cakap perjalanan kisah aku lately ni boleh buat novel. Dont worry I can make it work , actually I like to write anything.. tapi just aku ni susah sikit nak cerita masalah or anything dalam kehidupan aku kat orang. Only certain people je yang terpilih hahahaha . (Amboi gelak besar nampak lulz).

Sebenarnyakan nak berjaya ni betul lah banyak sangat liku. Kena strong bebeh.. and even I feel like struggling in my life, I need to remind myself there are lots of people out there yg lebih struggle from me. So sometimes tu boleh bersedih seketika .. I mean really seketika la kan sebab lepas tu you need to pick yourself up and start again! Thats it yeah haha. Now I get that momentum haha.

Oh please readers (bajet je ada readers ihiks) ignore my sad previous post, but keep in mind that sometimes problem and sadness lah yang banyak sangat memberi pengajaran and pengalaman hidup kepada kita. Im so sorry for this rojak language, para pencinta bahasa dont be mad at me ye haha.. This because semua yang saya tulis ni terkeluar terus menerus daripada otak tanpa apa2 tapisan yang terjamin kecantikan bahasanya whatsoever yeah.

Oh btw uols pernah dengar ke kehidupan ni macam tangga..selalu dengar roda je kan? Haa.. mai sini nak bagitau kehidupan kita ni pun macam tangga jugak yer

Kenapa?

Sebab bila you uols naik tangga tu, once uols jatuh, bergolek gedebuk debuk cemana sekalipun.. sakit yang amat or even dibawa ambulans ke hospital or koma or mati hidup semula like cerita indon tu ke.. then uols tetap kena bangkit and panjat that tangga once again, if u betul2 have a strong will to get to the puncak jaya..or the puncak tangga hahah (okay tak lawak pun )..

Okay faham? Get up guys.. Pick yourself up ! I really mean this okay..this is a serious issue.. uols jangan nak main2 pulak ngan I (hahahaaha dalam hati)



  Allah tidak akan membebankan hambaNya, melainkan mereka mampu memikulnya




Sekadar peringatan bersama bebeh :)
Ohh please we dont want to regret anything we are doing now
20 years later dont we ? :)

















Friday 21 August 2015

pukul 3 pagi

pukul tiga pagi.
aku masih sendiri.
bertemankan hening sepi.
angin membuai lalu berlayar pergi.
pergi bagaikan membawa segalanya lari.
Lari? ya.. lari.. maka pergilah duhai hembusan pagi. bawalah ia lari dari hati yang dirundung perih.. tiada bertepi.

hembusan datang lagi. mampukah ku membawa lari isi hatiku ini wahai sang angin?
tiada jawapan.
kelam. suram.
aku kembali bertemankan sepi.
wahai angin.. bawalah ia.. pergilah jauh dari sini , jauh dari hati, aku tidak mahu memilikinya lagi.
ia sekadar emosi.. jerih yang memakan sanubari..hari demi hari.

kenapa perlu kau tangisi apa yang sudah terjadi wahai diri?
sesungguhnya semua ini milik tuhan, angin , hati..dan sanubari .
kenapa perlu kau tangisi takdir di hari ini wahai diri?
kau takkan tahu rancangan tuhan wahai hati.. tiada siapa yang tahu..
kenapa perlu kau tangisi masa yang masih belum terisi?
maka isikanlah ia dengan kekuatan hati ..
kenapa perlu kau tangisi lagi..?
mungkin kerana kau insafi diri.. jika benar jawapanku ini, maka mungkin itulah yang tuhanmu ternanti-nanti.

hening malam.. coretanku tidak akan ku padam
sebaliknya akan aku genggam,
bersama-sama kertas yang sudah kusam,
ku akui ianya kusam.. namun mampu memberi hatiku kesan yang mendalam ..
ya, begitu mendalam..

bersama-sama coretan ini
tangisan ini juga sudah aku akhiri
kerana aku kini makin berani
untuk menghadapi realiti
aku tidak akan lari lagi
aku tidak akan merayu angin membawanya pergi lagi

duhai angin.. datanglah
hembusan angin.. kembalilah
aku sudah sedia
akan aku hadapinya


        tangisan malam membawa kita lebih dekat denganNya




geng

geng ni kan
tak semestinya kena 24 jam berkepit
tak semestinya kena 24 jam depan mata
tak semestinya kena 24 jam manis bicara
tapi geng ni..

bila kita kita tersepit
dia pun tersepit
bila kita ada luahan rasa
dia mesti ada
bila kita hilang punca
dia pulihkan dengan keikhlasan doanya

ada geng?
untung kita tahu
aku bersyukur allah kurniakan aku geng
geng tak semestinya ramai
tak ada spesifik nombor
satu pun geng
andai susah senang bersama
dialah geng kita
insyaallah dunia akhirat

       sahabat sejati sukar dicari ganti

Sunday 18 May 2014

buang masa

macam mana rasanya bila kita spent 2 hari weekend for nothing?
Rasanya macam "ya Allah.. apalah yang aku buat ni, banyaknya masa sia2 je..."
aku rasa macam banyak sangat masa yang aku dah buang macam tu ja. hmmm
FOR NOTHING
Aduhai diri ni dah beso, kenalah pandai uruskan diri and masa sendiri,
nanti kita juga yang puas hati
hidup penuh dengan kualiti
boleh banyak buat benda yang bermanfaat
bukan saja untuk diri sendiri
malah orang lain sekali..
hmm *leteran untuk diri sendiri

nak nyesal pun tak dak guna
kena berubah la rasanya
buat laa shortlist kerja and mana yang dah siap tu potong sampai habis semua
SAMPAI HABIS okayyy...ada bran??
okay saya nak berubah mulai SEKARANG!
                                       

                             masa yang terbaik untuk melakukan sesuatu adalah sekarang

Monday 9 December 2013

cerkon (cerita kontot) - aku kerusi


Aku kerusi. Hanya satu di taman ini. Letakku di tepi lorong pejalan kaki. Maka setiap hari, dari pagi hingga kembali ke dinihari, aku menjadi pemerhati. Pemerhati manusia sama ada wanita mahupun lelaki. Pemerhati jiwa-jiwa yang riang dan hati-hati yang sepi. 

Pagi, akan aku perhatikan mereka ini. Pertama, wajah- wajah yang mengerutkan dahi.Beruniform kemas serta berkenderaan sendiri. Hmm.. pagi-pagi lagi dah macam ni? Biasalah, bagi golongan-golongan manusa yang sedang sibuk bekerja begini. Menggali nafkah dan rezeki. 

Akan aku perhatikan juga wanita di seberang jalan. Seawal selepas Subuh terus memulakan jualan. Bukannya sayur-sayuran atau buah-buahan, tapi sekadar pengalas perut agar tidak berkeroncongan. Nasi lemak, kuih-muih menjadi taruhan. Alhamdulillah rezeki buatnya melimpah . Cukup buat mengisi perut anak-anak di rumah. Kemudian ada juga yang sekadar menjengah. Apa boleh buat, nasi lemak dah habis.

oh, tak mengapa. Kemudian aku akan melihat gelagat anak-anak ke sekolah. Comel sekali. Aku ini kerusi. Untuk beranak - pinak mustahil sekali.
Jika hari pertama persekolahan, pasti ada yang menangis. Saban tahun aku menyaksikannya. Kadang kala ada yang menjerit-jerit mahu pulang.hesshess*kerusi ketawa kecil
Namun pada hari biasa, kebanyakan anak-anak kecil itu kelihatan riang ke sekolah atau tadika.

Bagi yang remaja pula, ada yang masih berbasikal, ada pula yang sudah bermotosikal. Jarang yang menaiki kereta, kecuali bersama ibu bapa.Jika sudah hampir lewat, bermacam-macam gaya pecutan ada. Malah bakat-bakat luar biasa seperti Valentino Rossi mula menyerlah. Bakat terpendam. Bagus jika diasah. Mana tahu boleh jadi kebanggaan negara kan..

Siapa lagi ya?

Terlalu ramai. Terlalu banyak manusia. Juga banyak gelagatnya. .Kadang-kadang aku ketawa juga. Mujur manusia tidak mampu mendengar. Lucu sekali.Simpati pun ada .

Simpati?

Ya, kadangkala simpati melihat manusia, dengan anugerah akal, yang adakalanya menyedihkan.
Jangan kau tak percaya, di atas diri aku ini pernah bertenggeknya si kaki judi,yang sibuk mengira untung rugi.
Di atas aku ini, pernah diduduki si pencuri, yang mangsanya sedang dicari-cari.
Malah akulah menjadi kegemaran si kaki mabuk, hinggakan muntah terbatuk-batuk.
Pernah suatu ketika, aku menjadi saksi kepada pembunuhan, yang mangsanya mati di atas diriku,sendirian. Malangnya aku tidak mampu bersuara menegakkan kebenaran. Polis mengatakan ianya masih dalam siasatan( aku mendengar suara-suara manusia sekitar yang menyatakan perasaan dan belas ihsan)
Entah -entah sudah diselesaikan. Aku tak pasti. Aku tak keruan.

Kadang-kadang pada waktu petang, muncul seorang tua. Lelaki. Berkulit cerah dan putih, namun putih lagi uban di sekitar rambutnya yang jarang-jarang.
Dia memandang aku. Sebenarnya aku turut memandangnya, tapi dia tidak tahu. Aku dapat merasakan dia menantikan seseorang. Sepi. Sunyi.
Bukan suasana, tapi dirinya.
Lelaki itu perlukan teman.
Dan akulah temannya.
Setiap petang . Setiap hari. Selama berbulan-bulan lamanya.
Aku sukakannya.

Namun suatu hari, aku mendengar khabar dia telah pergi. 
Aku harap dia tidak sepi sendiri sebelum pergi.
Atau mungkinkah pemergiannya hanya aku yang tangisi?
Aku hanya mampu berserah pada Ilahi.

Kemudian rutinku menjadi seperti biasa. Menjadi pemerhati.
Pada manusia biasa, aku hanyalah kerusi. 
Maka, aku memandang dunia hanya dari sudut sebuah kerusi.
Bagaimana insan memandang dunia dari perspektif manusiawi?

#kata-kata kerusi juga tajam menikam



Ubah cara pemikiran dengan berimaginasi